Search This Blog

.:klik di sini:.

04 May 2010

.:Destiny:.

ada macam2 cerita dalam dunia ini..ada sedih,bengang,bangga, suka, minat, sayang, benci n mcm2 lagi lah..dan setiap apa yg manusia lalui tu, dah pun tertulis dalam takdirnya..suka ataupun tak,sebagai manusia,kita kena terima je..dan of course bersyukur..
aku pun sama..sbb aku pun manusia..dan aku dah lalui macam2 perasaan dalam hidup aku ni..walaupun aku rasa aku hidup tak de la lama sgt, baru je 21 tahun,tapi dah macam2 yg aku lalui..dah macam2 yg aku tgok org lain lalui..ada yg aku nak bnda yg jdik kt org lain tu,jadi kt aku..n ada yg klu bleh aku tak nak apa yg jdik kat org lain,jadi kat aku..aku bersyukur sgt2 dilahirkan sbgai aku dalam dunia ni..walaupun aku tak perfect,hidup tak sekaya mana,tapi aku bahagia..cuma,kalau sekali dua aku rasa confuse tu,biasala kan..nama pun manusia..tak mencabar lah hidup kalau tak de dugaan..
tapi jauh dalam diri aku,aku selalu takut..aku takut aku buat bnda yg salah..aku takut aku bergaul dengan org yg salah..n aku takut aku berjumpa n bercinta ngan org yg salah..sebabnya,aku jarang mengizinkan kesalahan dalam diri aku..bukanla nak kata aku ni perfectionist tapi kadang2,aku tak nak org nampak ketidaksempurnaan aku..sebab,dari ctu la org bleh ambik kesempatan atas aku..aku sebenarnya lemah..dan aku cuba utk jadik kuat..tapi sekuat mana aku,aku pun tak taw..yg pasti aku takkan menangis depan org lain walaupun kdg2 sebak tu tak dapat ditahan..tapi aku akan cuba untuk berpura-pura yg aku ok!
aku jarang bercinta..sebab aku susah nak jatuh cinta..n sekali aku dah jatuh cinta,aku akan setia sampai la aku betul2 terluka disebabkan cinta tersebut..dan skg,ada cinta dalam hati aku..cinta yg da 2 tahun aku simpan utk seseorang yg tak mungkin aku dapat miliki..bukan aku tak nak crik org lain,tapi aku tak mampu..aku tak mampu nak jatuh cinta kat org lain selain dia..aku tak mampu nak rindukan org lain selain dia..n aku tak mampu nak terima org lain selain dia..sampai skg,dia je yg mampu buat aku happy yg teramat..walaupun aku cuma dapat dgr suara dia n tgok gmbar dia je,tapi aku tetap happy..lagipun aku tak de kekuatan nak g jumpa dia..sbb aku takut,aku akan rosakkan hubungan kami sekarang ni..kadang-kadang aku terfikir,pernah tak walaupun sedetik di hati dia,rasa apa yg aku rasa??dia terlalu baik utk aku..selalu layan kerenah aku..aku plak suka dengar dia bercerita..cerita tentang keje dia..life dia..sebenarnya,da byk bnda yg kami kongsi tapi satu bnda yg tak kan terkongsi adalah perasaan cinta..sebab dia mungkin tak pernah rasa macam tu kat aku..cuma aku je yg rasa cinta utk dia..tp aku bersyukur..cinta yg aku simpan utk dia la yg dah banyak kali menyelamatkan aku daripada terus leka dengan dunia aku sendiri..cinta utk dialah yg mengelakkan aku daripada terluka oleh org lain..dan dalam masa dua tahun ni,benci,rindu,sakit hati,marah,sayang n cinta hanyalah utk dia sahaja..terima kasih buat dia..aku akan sentiasa doakan dia bahagia walaupun bukan aku yg ada disisi dia..
dan itulah takdir aku..cinta yg aku pendamkan ntah sampai bila..mungkin suatu hari,bila aku dah cukup bertuah,aku akan rasai jugak cinta yg sebnar-benar cinta...

"...remember the times we spent..
sharing secret,weaving dreams,healing broken heart,
laughing at silly things..
now,when I look back,
I realize..how much I cherish all the wonderful memories we share..
missing the good times we had together.."